Program Ijtimak Ilmuan medan perjumpaan ilmu lahir generasi Khairu Ummah

KUCHING, 26 Julai: Program Ijtimak Ilmuan Islam Antarabangsa 1445H/2023M dilihat sebagai medan perjumpaan ilmu untuk melahirkan generasi Khairu Ummah.

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia juga menjadi wadah untuk mengukuhkan hubungan strategik dalam kalangan masyarakat Islam antarabangsa.

“Kita memerlukan input terbaik mengenai agenda, tajuk, perkara, isu serta permasalahan dihadapi yang boleh dibincang pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, (program) kali ini kita menekankan isu alam sekitar (dan menerusi perbincangan tadi dibangkitkan bagaimana) kita dapat bersama-sama akan menjaga alam semesta, menjaga bumi Allah ini untuk (diwariskan) kepada generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penangguhan Ijtimak Ilmuan Islam Antarabangsa 2023, di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyokong penuh program berkenaan malah berharap agar ia dapat dianjurkan dua kali setahun pada masa akan datang.

Ijtimak Ilmuan Islam Antarabangsa Tahun 2023 diadakan selama dua hari bermula semalam di Dewan Kompleks Islam Sarawak, Kuching.

Program ilmuan ini diadakan sebagai salah satu pengisian acara bersempena Sambutan 60 Tahun Sarawak Merdeka.

Antara panel yang dijemput termasuk Adjunct Scholar, Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Dr. Daud Batchelor, dan Pengerusi Pusat Pengajian Islam, Universitas Nasional, Jakarta, Indonesia, Dr Fachruddin M Mangunjaya.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datuk Misnu Taha, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak Khalidi Ibrahim, Pengarah Jabatan Mufti Sarawak, Sahibul Fadhilah Mual Suaud dan pihak Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).- TVS

Lihat Juga:

Sumber : www.tvstv.my

Bagikan Artikel

Recent Posts

NEWS & EVENTS

Membumikan Perjanjian Al-Mizan

Para ulama, cendekiawan, dan aktivis lingkungan muslim baru saja melahirkan Perjanjian Al-Mizan. Upaya menjaga masa depan bumi dan peradaban. Koran Tempo, Senin, 18 Maret 2024

Read More »